Pokok koko ditanam daripada anak benih yang diperolehi daripada biji buah yang masak. Semaian biji benih mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk bercambah. Anak benih tersebut akan dibiakkan di tapak semaian selama 4 hingga 6 bulan sebelum dialih ke ladang. Pokok-pokok koko akan mula menghasilkan buah apabila mencapai umur 2 hingga 3 tahun. Sepohon pokok koko boleh mencapai ketinggian 7 hingga 10 meter. Jangka hayat pokok koko ialah antara 25 hingga 30 tahun.
Pokok koko mempunyai batang utama dan dahan-dahan berbentuk kipas. Bunga terdapat di batang utama dan dahan kipas. Kudup bunga berwarna hijau-ungu. Bunga yang kembang berwarna keputihan.
Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakannya terdiri daripada jenis agas. Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah.
Buah akan masak dalam tempoh 5 hingga 6 bulan selepas proses persenyawaan. Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga kembang, maka bunga berkenaan akan gugur.
No comments:
Post a Comment