Koko boleh ditanam sebagai tanaman tunggal atau tanaman campuran bersama-sama tanaman lain seperti kelapa, kelapa sawit dan buah-buahan seperti durian. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk mempelbagaikan tanaman sebagai usaha meningkatkan pendapatan. Koko merupakan salah satu tanaman pertanian yang utama selepas kelapa sawit dan getah di Malaysia.
Koko boleh ditanam menggunakan dua jenis bahan tanaman iaitu klon dan hibrid (biji benih). Pokok hibrid merupakan pokok yang ditanam melalui biji benih, sementara pokok klon diperoleh hasil cantuman mata tunas atau keratan batang yang muda.
Kesemua atau sebahagian besar ciri-ciri berikut dimiliki oleh bahan-bahan tanaman yang baik:-
- Hasil yang tinggi.
- Biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji, gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah iaitu kurang daripada 13%.
- Kandungan lemak dalam biji melebihi 50`
- Mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama.
No comments:
Post a Comment